News

TIPS TANGANI STRESS UNTUK USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA

By April 19, 2018 No Comments

7 Tips Untuk Usahawan Berjaya Di Malaysia Menangani Stress

Punca seseorang mengalami stress tidak semestinya disebabkan oleh sesuatu sebab dan boleh dialami pada bila-bila masa saja. Apabila tahap stress sudah tidak dapat dikawal ia boleh mengakibatkan deprasi atau kemurungan. Namun stress bukanlah penyakit yang rumit dan boleh dirawat. Untuk usahawan berjaya di Malaysia menangani stress adalah mudah dan senang sekiranya kena dengan caranya.

Di sini The Luxe Production ingin kongsikan kepada usahawan berjaya di Malaysia mengenai tips-tips yang boleh diamalkan untuk menangani stress supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lancar dan dapat menguruskan masa dengan bijak.

 

  1. BERFIKIRAN POSITIF

Alihkan pemikiran anda kepada sesuatu yang positif. Sekiranya anda menghadapi pelbagai masalah, anda perlu berfikiran terbuka dan segera fikirkan tentang jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang terjadi.

 

  1. SENAMAN RINGAN

Dengan melakukan sedikit pergerakkan badan ia dapat mengurangkan tahap stress yang anda hadapi. Senaman ringan ini boleh melancarkan semula peredaran oksigen dalam badan ke otak yang dapat mengurangkan stress yang ada.

 

  1. AMBIL MASA DAN JARAKKAN DIRI DARIPADA MASALAH

Anda perlu buat satu jadual untuk senaraikan segala masalah yang dihadapi beserta dengan cara penyelesaiannya. Ambil masa sedikit untuk tenangkan fikiran terlebih dahulu. Di sini lah menunjukkan betapa pentingnya ‘me time’ tersebut. Ini bertujuan untuk anda mengawal tahap stress anda.

 

  1. JUS BUAH-BUAHAN

Amalkan pemakanan yang sihat. Anda digalakkan meminum minuman berjus. Hal ini kerana ia merupakan salah satu aromaterapi yang mana buah-buahan menghasilkan bau yang menyegarkan dan membantu anda untuk berfikir dengan tenang dan dapat mengurangkan stress anda.

 

  1. URUSKAN DIRI DENGAN TERATUR

Pastikan persekitaran anda kemas dan teratur. Persekitaran yang tidak teratur akan membuatkan minda anda lagi serabut. Anda perlu sediakan buku perancangan (planner) supaya segala tugasan anda yang hendak diselesaikan dapat diselesaikan dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan.

 

  1. SENYUM DAN KETAWA

Ini merupakan perkara yang paling mudah. Lakukan perkara yang boleh menggembirakan diri anda. Selain itu, gembirakan orang yang anda sayang, dan secara tidak langsung anda juga akan turut gembira. Apabila anda gembira, anda dapat mengawal dan dapat mengurangkan tahap stress.

 

  1. PAKAR TERAPI

Sekiranya segala tips di atas masih tidak mampu menghilangkan tahap stress anda, cari pilihan untuk berjumpa dengan pakar. Pakar bukan sahaja boleh membantu anda menangani stress namun mereka boleh mencadangkan alternatif lain bagi membantu permasalahan anda.

Contact TLP

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply