Bussiness Tips

TIPS MELUASKAN PERNIAGAAN PRODUK JENAMA ANDA SENDIRI

By April 20, 2018 No Comments

7 Tips Meluaskan Perniagaan Produk Jenama Anda Sendiri

  1. KENDALIKAN SUMBER MANUSIA DENGAN BAIK

Ini merupakan perkara asas dalam tips meluaskan perniagaan yang perlu diberi perhatian. Jumlah pekerja haruslah disesuaikan dengan keperluan kerja yang diperlukan dalam syarikat. Hak dan kewajiban juga harus jelas dan diketahui oleh pekerja sejak awal mereka mula bekerja.

 

  1. BUAT CATATAN KEWANGAN (CASH FLOW)

Ini aspek terpenting juga di dalam tips meluaskan perniagaan kerana di dalamnya terdapat pengiraan modal dan perbelanjaan segala operasi. Selain itu, ia dapat digunakan untuk memohon pinjaman.

 

  1. ASINGKAN KEUNTUNGAN

Hasil keuntungan yang diasingkan daripada yang lain adalah untuk persediaan menggantikan kelengkapan perniagaan yang rosak atau menurun fungsinya untuk pengembangan perniagaan.

 

  1. TENTUKAN HARGA JUALAN YANG TEPAT

Sebelum penetapan harga jualan dibuat, pastikan anda membuat pengiraan terlebih dahulu. Semua pengiraan perlu dibuat seperti jumlah keuntungan yang selepas ditolak dengan harga kos.

 

  1. BUKA CAWANGAN

Ini merupakan salah satu ciri perniagaan berkembang. Ia memberikan beberapa kelebihan, antaranya produk jenama sendiri akan lebih dikenali oleh masyarakat setempat. Ini merupakan salah satu teknik pemasaran.

 

  1. LAYANAN PROFESIONAL

Ini harus difokuskan untuk customer service. Cara layanan pelanggan yang baik akan menarik minat pelanggan untuk membeli produk anda. Contohnya, tidak membiarkan pelanggan menunggun terlalu lama dan mendahulukan pelanggan yang lebih dahulu dengan bersikap ramah.

 

  1. JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

Semua faktor dari tempat perniagaan, pekerja, kelengkapan perlu pastikan ia sentiasa bersih dan kemas. Ini juga termasuklah pakaian seragam untuk semua pekerja anda.

Contact TLP

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply