Bussiness Tips

STRATEGI PEMASARAN PRODUK BARU MENUJU KEGAGALAN.

By April 5, 2018 One Comment

5 Tips Untuk Kembalikan Strategi Pemasaran Produk Baru Yang Hampir Gagal

Sebagai seorang usahawan yang baru berkecimpung di dalam dunia perniagaan, anda tidak boleh lari daripada kegagalan. Tambahan pula produk jenama anda itu merupakan produk baru di dalam pasaran. Apa yang penting di sini ialah bagaimana anda bangkit dan memperbetulkan kegagalan tersebut kerana strategi pemasaran produk baru tersebut akan membantu anda memperbaiki segala pengurusan yang tidak tersusun.

Di sini admin ingin kongsikan 5 tips untuk kembalikan strategi pemasaran produk baru anda yang telah menuju ke jalan kegagalan.

 

  1. BEZAKAN PEMASARAN ANDA DENGAN PESAING

Cipta identiti anda dengan tagline yang unik dan berbeza. Berdiri dengan penjenamaan produk anda sendiri tanpa perlu meniru yang orang lain punya. Anda perlu ciptakan sesuatu idea yang hanya jenama anda mampu bawakan dan akan lebih menonjolkan anda.

 

  1. BERI LEBIH MASA

Ada sesetengah yang perlukan lebih masa untuk dapatkan hasilnya. Tapi jangan bersedih jika apa yang anda lakukan tidak berjaya. Sebaliknya anda perlu terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Disamping itu pengurusan masa anda juga penting supaya perancangan yang anda buat menjadi teratur dan tersusun.

 

  1. PASARKAN JENAMA ANDA SECARA MENYELURUH

Strategi yang anda laksanakan perlulah secara menyeluruh. Anda perlu mengambil kira semua aspek supaya anda tidak tertinggal perkara penting. Dengan cara ini anda dapat mengenalpasti jika ada masalah dengan jenama anda atau peluang-peluang untuk anda cross-sell.

 

  1. SESUAIKAN TARGET DENGAN AUDIENS

Dengan membuat target yang sesuai, teknik pemasaran anda akan menjadi bernilai. Namun jika pemasaran anda tetap tidak berkesan, anda perlu kaji semula demografik mereka dan atur semula siapa yang anda mahu sasarkan.

 

  1. GUNA STRATEGI BARU

Sekiranya semua yang di atas tidak berhasil, cari strategi baru. Tapi perlu ingat baru tidak semestinya idea baru, tapi mungkin dengan menggunakan bajet yang baru. Meskipun strategi anda yang terdahulu tidak berkesan bukan bermakna ia tidak berguna lagi. Mungkin ia hanya tanda untuk anda fokus kepada perkara lain terlebih dahulu.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

One Comment

Leave a Reply