News

STRATEGI MENARIK MINAT PELANGGAN MUDA MASA KINI

By April 10, 2018 No Comments

5 Strategi Menarik Minat Pelanggan Muda Masa Kini Untuk Membeli Produk Anda

Kesetiaan terhadap sesebuah jenama sebenarnya bermula dalam diri manusia apabila mereka berada pada lingkungan umur remaja. Contohnya generasi X lebih mdah terpengaruh dengan apa yang disiarkan di televisyen, ataupun sekeliling kita. Mereka kurang terdedah dengan internet. Tapi berbeza dengan generasi Y di mana mereka mudah terpengaruh dengan taktik pemasaran di internet kerana mereka hidup dalam lingkungan media sosial.

Jadi jika anda yang baru bermula untuk berniaga di zaman ini, anda perlu bijak untuk manarik minat anak muda ini, di mana anda perlu bijak menyusun strategi menarik minat pelanggan yang lebih berkesan supaya mereka akan berminat dengan produk jenama sendiri anda tersebut. Di sini admin ingin kongsikan strategi menarik minat pelanggan muda masa kini sebagai rujukan kepada bakal usahawan produk jenama sendiri di luar sana.

  1. JANGAN SANGKA ANDA TAHU SEMUA YANG MEREKA INGINKAN

Generasi masa kini lebih terdedah dengan ratusan platform informasi di dunia maya setiap hari. Anda perlu ambil tahu apa yang mereka tahu dana pa yang mereka fikirkan. Perhatikan setiap keperluan dan kehendak mereka yang pastinya akan sentiasa berubah-ubah.

 

  1. REFLEKS

Anda perlu reflex kembali kepada memori anda masa remaja dahulu. Apa yang anda cari pada sesuatu jenama? Apa yang anda mahu dana pa yang buatkan anda setia kepada sesuatu jenama? Anda boleh keluarkan idea itu dan tukarkan menjadi strategi untuk pemasaran produk anda.

 

  1. PENTINGKAN KUALITI

Kualiti produk dan perkhidmatan tetap memainkan peranan penting dalam strategi menarik minat pelanggan terhadap produk anda. Tiada guna produk yang cantik tetapi tidak berkualiti. Kualiti akan meninggalkan kesan pengalaman dan kebahagiaan pada pengguna.

 

  1. BERFIKIR DAN HIDUP SEPERTI MEREKA

Pada zaman kini, media sosial ialah dunia kedua mereka. Anda perlu memahami dan masuk dalam dunia itu supaya anda dapat faham apa yang mereka mahukan dan fikirkan. Perhatikan laman-laman sosial mereka untuk ketahui ‘masalah’ mereka dan apa yang dapat menggembirakan mereka.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply