News

SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN UNTUK MENJADI JUTAWAN

By April 4, 2018 No Comments

5 Sebab Kegagalan Usahawan Dalam Memajukan Perniagaan

  1. SAMAKAN WANG SYARIKAT DENGAN WANG PERIBADI

Fahaman yang mengatakan bahawa wang syarikat adalah wang peribadi adalah tidak betul sama sekali. Ia ibarat seperti anda mencuri wang syarikat sendiri kerana syarikat dan individu merupakan dua entiti yang berbeza.

Ada sesetengah usahawan berpendapat bahawa wang yang masuk ke dalam akaun syarikat adalah keuntungan dan sebagai pemilik syarikat. Ini merupakan sebab kegagalan usahawan kerana mereka menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi.

 

  1. GAGAL MERANCANG

Kadang-kadang ada yang sudah membuat perancangan tetapi rancangan yang dibuat tidak jelas dan spesifik. Hal ini akan menjadi sebab kegagalan usahawan untuk mencapai dan merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

 

  1. MULAKAN PERNIAGAAN DENGAN WANG PINJAMAN

Terdapat banyak jalan pintas untuk mendapatkan modal perniagaan untuk memulakan perniagaan seperti membuat pinjaman. Admin nasihatkan anda untuk mengelak daripada terlibat dalam menggunakan wang pinjaman kerana ia akan meletakkan anda di dalam situasi tertekan.

Fokus anda untuk mengembangkan perniagaan anda akan terganggu kerana sibuk memikirkan beban hutang yang tidak tertanggung kerana hasil keuntungan yang tidak seberapa untuk melunaskan hutang yang dibuat.

 

  1. BERSIKAP NEGATIF

Terdapat segelintir usahawan yang mempunyai sikap negatif seperti tamak, hasad dengki dan sebagainya. Apabila sikap ini sudah menguasai diri anda akan tersasar jauh daripada landasan yang sepatutnya. Ia akan membawa perniagaan anda kepada jalan kegagalan.

 

  1. KURANG ILMU PERNIAGAAN

Anda perlu rajin untuk menambah ilmu pengetahuan dari masa ke semasa agar tidak mudah ditipu. Dalam berniaga terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira seperti strategi pemasaran, pemilihan lokasi dan sebagainya. Ilmu perniagaan ini bukan sahaja boleh didapati dengan menghadiri seminar atau kursus tetapi boleh juga diperoleh daripada buku-buku perniagaan yang ditulis oleh pakar-pakar dalam bidang perniagaan.

Contact TLP

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply