3 Rahsia Perniagaan Yang Berjaya Melalui Perkongsian Ilmu
Tak ramai orang nak berkongsi idea dan pandangan. Sebab itu, jika nak berbisnes anda perlu berada dalam kelompok mereka yang sudah berjaya. Itu merupakan salah satu rahsia perniagaan yang berjaya. Jangan lokek untuk berkongsi ilmu dan berbual dengan orang yang lebih berpengalaman.
Di sini admin nak kongsikan 3 rahsia perniagaan yang berjaya dengan berkongsi ilmu dengan orang lain. Melalui networking yang power dan cuba untuk gali sebanyak mungkin idea dan ilmu daripada kelompok mereka yang berjaya.
- KELUAR DARI SKOP BISNES SENDIRI
Ramai di luar sana pasti akan fokus dan beri perhatian kepada bidang yang mereka ceburi sahaja. Tetapi kalau terlalu mendalam dalam bidang sendiri, skop pengetahuan anda mungkin akan menjadi lebih sempit.
Ramai yang tidak tahu akan kepentingan berkongsi cerita bersama orang dari bidang yang berbeza. Sekurang-kurangnya bila anda bertukar ilmu dengan orang luar dari bidang anda, anda berjaya mencipta satu platform untuk kembangkan lagi bidang yang anda ceburi.
- KONGSI SEBANYAK MUNGKIN ILMU YANG ADA
Anda nak dapat banyak, anda perlu bagi banyak juga. Jika ada yang minta untuk pinjamkan masa anda selama 10-15 minit waktu makan tengah hari, berikan ruang kepada mereka. Orang yang meminta nasihat dan maklum balas dari anda, mereka sebenarnya sorang yang betul-betul yakin dan berani untuk melakukan perubahan dalam hidup mereka. Mereka juga adalah seorang yang percayakan anda. Tidak rugi anda kongsikan ilmu dengan mereka.
- SELALU BERTANYA
Dalam bisnes, perlu ada networking. Jadi, apabila ada networking pasti aka nada soalan-soalan yang kita perlu bertanya. Bagi mereka yang ingin membantu dan berkongsi ilmu dan idea dengan orang lain, anda boleh mulakan dengan diri sendiri “bagaimana aku boleh tolong kau?”. Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.