News

Produk Kecantikan Yang Ada Merkuri

By January 11, 2018 No Comments

Produk Kecantikan Yang Ada Merkuri | The Luxe ProductionApa Itu Merkuri?

Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik. Merkuri wujud dalam persekitaran terutamanya adalah dari pembakaran bahan api seperti arang batu, petrol dari industri yang melibatkan merkuri seperti peralatan elektronik, bateri, lampu, termometer dan juga dari sektor pertanian yang menggunakan fungicide (bahan kimia untuk membunuh kulat).

Apa Yang Membuatkan Produk Kecantikan Yang Ada Merkuri Begitu Menakutkan?

 

Sehingga hari ini masih banyak produk kecantikan yang ada merkuri. Merkuri bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Merkuri dalam bentuk bukan organik berfungsi untuk mencegah pembentukan melanin dan menjadikan tona kulit lebih cerah.

Terdapat banyak kesan yang akan diperoleh sekiranya menggunakan produk kecantikan yang ada merkuri ini. Antara kesan utama merkuri bukan organik yang terkandung dalam pencerahan kulit sabun dan krim adalah kerosakkan buah pinggang. Merkuri dalam produk mencerahkan kulit juga boleh menyebabkan ruam pada kulit, perubahan warna parut dan kulit serta mengurangkan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria.

Banyak di antara tanda-tanda yang tidak spesifik dan sukar untuk dikenal pastikan. Antara simptom termasuk keresahan, kemurungan, kesukaran tumpukan perhatian, insomnia, gegaran (tremor) dan kebas kaki. Lebih dasyat lagi, jika produk kecantikan yang ada merkuri ini digunakan secara berterusan, merkuri di dalamnya akan secara perlahan dilepaskan sebagai wap merkuri di udara yang boleh memberi kesan kepada isi rumah lain walaupun mereka tidak guna produk tersebut.

Kesimpulannya, produk kecantikan yang ada merkuri ini adalah berbahaya kepada kulit wajah dan kesihatan tubuh telah diharamkan di banyak negara. Tetapi masih ada juga produk tersebut disediakan untuk pengguna dan masih diiklankan lagi dalam saluran pengiklanan. Di sini kesedaran awam perlu dibangkitkan mengenai jenis-jenis produk kecantikan yang ada merkuri dan risiko yang berkaitan dengan pendedahan merkuri.

Kilang The Luxe Production akan membantu bakal pengasas produk jenama sendiri selesaikan masalah produk yang mengandungi bahan terlarang seperti di atas setiap satu sehingga lah produk jenama anda sendiri dapat dikeluarkan dan anda bakal menjadi salah seorang jutawan produk Malaysia yang berjaya.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply