Senarai Semak Untuk Cipta Produk Sendiri
Penggunaan sumber luar untuk cipta produk jenama sendiri mungkin kelihatan agak menakutkan bagi anda dan perniagaan anda Tetapi selagi anda pastikan anda mempunyai perjanjian undang-undang untuk digunakan sebagai rujukan dengan pengilang anda, anda akan dilindungi secukupnya.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak usahawan yang mendapatkan perkhidmatan daripada kilang untuk cipta produk mereka tanpa membuat sebarang perjanjian undang-undang. Jadi, di sini admin ingin kongsikan senarai semak bagi anda untuk memastikan anda mendapat semua yang anda perlukan untuk menggunakan perkhidmatan sumber luar iaitu pengilangan bagi produk jenama anda sendiri.
- MEMBUAT DAN MENANDATANGANI KONTRAK SECARA SAH
Kebanyakan usahawan produk jenama sendiri menganggap perjanjian yang dibuat perlu dirahsiakan tetapi anda kena ingat yang anda perlu menandatangani kontrak yang berkaitan dengan kilang yang akan menjadi pengilang anda.
Anda perlu dapatkan rujukan daripada seorang peguam yang mempunyai pengalaman bekerja dengan pengilang tersebut. Ia mungkin akan menelan sedikit belanja tetapi anda harus ingat ia adalah satu pelaburan untuk kepentingan perniagaan anda.
- LINDUNGI HARTA INTELEK ANDA
Harta intelek anda adalah milik anda dan anda perlu memastikan bahawan mana-mana perjanjian undang-undang yang anda tandatangani akan melindunginya pada setiap masa. Sekiranya pengilang ada membuat perubahan dalam formulasi anda, adakah ia masih boleh dianggap sebagai milik anda? Jika suatu hari nanti anda ingin menamatkan kontrak perjanjian yang telah dibuat dengan pengilang tersebut dan ingin bekerjasama dengan pengilang lain, adakah anda masih boleh menggunakan formula yang sama?
Jadi anda perlu pastikan perjanjian undang-undang tersebut melindungi harta intelek anda dan perlu fikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku sebelum anda menandatangani kontrak tersebut.
- PERSETUJUAN MENGENAI SUMBER BAHAN DIPEROLEH
Apabila anda mendapatkan perkhidmatan daripada pengilang, anda perlu bersetuju di mana pihak kilang tersebut akan dapatkan sumber bahan mereka untuk menghasilkan produk jenama anda tersebut. Anda mungkin mempunyai keperluan etika tertentu yang menghubungkan dengan perniagaan anda. Ini adalah perkara yang anda perlu pertimbangkan apabila anda membuat keputusan di mana pembekal atau pengilang anda akan dapatkan bahan-bahan untuk anda. Anda juga perlu pastikan anda mempunyai perjanjian dengan tempat yang pihak kilang tersebut dapatkan bahan.
- BUAT RINGKASAN FORMAL
Apabila anda bekerjasama dengan pengeluar, anda perlu menyusun satu ringkasan formal secara rasmi untuk menyenaraikan apa yang anda mahukan. Apabila anda tidak mempunyai formulasi, anda perlu menyatakan kepada pengilang mengenai bahan-bahan yang mereka akan gunakan untuk mencipta formula untuk produk anda tersebut. Ini bagi megelak sebarang kekeliruan berlaku.
- BERSETUJU DENGAN SAMPEL STANDARD
Kedua-dua pihak perlu jelas tentang bagaimana produk anda akan kelihatan, bau, fungsi dan sebagainya. Pihak pengilang perlu membuat sampel terlebih dahulu dan diberikan kepada anda sebelum produk tersebut masuk ke proses pembuatan yang terakhir. Mereka perlu dapatkan persetujuan anda terlebih dahulu sebelum produk tersebut dibungkuskan. Anda juga perlu pastikan yang pihak pengilang menggunakan formula yang sama yang telah dipersetujui untuk menghasilkan produk tersebut.
- BERSETUJU DENGAN STANDARD YANG PERLU DIPATUHI
Anda perlu pastikan yang pihak pengeluar mematuhi standard piawaian yang sepatutnya. Ia termasuklah dari aspek formulasi dan bahan-bahan yang mereka gunakan supaya bahan tersebut betul-betul bahan organik dan juga termasuk kawasan persekitaran untuk memproses produk tersebut. Perkara penting yang perlu anda pastikan ialah kandungan produk anda tiada bahan terlarang.
Anda perlu membuat perbincangan dengan pihak kilang mengenai pengiktirafan yang diperlukan mendapat kelulusan sebelum produk jenama anda dipasarakan ke dalam pasaran.
- BAGAIMANA ANDA AKAN TANGANI MASALAH BERKAITAN DENGAN FORMULASI
Apabila sampai satu masa anda pasti akan mengahadapi dengan pulangan, aduan dan bayaran balik. Apa yang perlu anda lakukan sekiranya produk anda perlu ditarik semula kerana pengeluar anda dapat mengesan satu kesilapan? Bagaimana produk anda sudah rosak sebelum tarikh luput? Ini merupakan masalah yang anda perlu titikberatkan dan berbincang dengan pihak pengilang secara teliti.
Anda mempunyai keinginan mencipta produk jenama anda sendiri? Di sini Kilang OEM Kedah iaitu The Luxe Production (TLP) akan membantu anda dari peringkat permulaan sehingga produk anda sedia dipasarkan. Pihak TLP akan mematuhi segala senarai seperti di atas supaya setiap pengusaha produk di luar sana berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.