News

TIPS PERNIAGAAN PRODUK KECANTIKAN

By April 3, 2018 One Comment

Tips Untuk Memulakan Perniagaan Produk Kecantikan.

Memandangkan kos sara hidup zaman sekarang dilihat semakin meningkat naik. Ia menjadikan kita bekerja bukan untuk meneruskan kehidupan tetapi kita hidup untuk bekerja bagi menanggung kos hidup dan juga membayar segala hutang yang tertunggak. Oleh itu, ramai yang mula mencari pendapatan tambahan dengan melakukan perniagaan seperti perniagaan produk kecantikan.

Tetapi admin ingin nasihatkan sebelum anda ingin memulakan perniagaan, anda perlu tahu apa yang anda ingin niagakan dan yang paling penting berapa jumlah modal yang anda sanggup keluarkan. Semua ini perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan produk kecantikan anda berjalan lancar. Di sini admin ingin kongsikan tips untuk memulakan perniagaan produk kecantikan kepada bakal-bakal usahawan diluar sana.

 

PENGEDAR SAH UNTUK PRODUK KECANTIKAN YANG SEDIA ADA DALAM PASARAN

Syarikat kecantikan atau kosmetik yang sedia ada dalam pasaran selalunya akan mencari dealer sah atau stokis untuk produk mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari seluruh negara. Ini lah peluang keemasan anda untuk cuba hubungi mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut seperti modal yang perlu dikeluarkan dan lain-lain lagi.

 

BUAT PRODUK JENAMA SENDIRI

Berfikir secara kreatif dan inovatif untuk cuba gunakan bahan-bahan yang ada disekitar anda dan gabungkan bahan-bahan tersebut menjadi satu produk baru dengan jenama anda sendiri. Anda boleh mendapatkan khidmat daripada kilang OEM Kedah untuk merealisasikan impian anda dalam mencipta produk jenama anda sendiri. Pihak kilang akan membantu anda dari segi penciptaan produk, pengurusan dan pengedaran.

 

AGEN DROPSHIP

Selain daripada aktiviti jualan secara langsung, terdapat banyak produk kecantikan yang sudah laris di pasaran yang menawarkan khidmat dropship kepada usahawan yang berminat untuk menceburi dunia peniagaan. Anda hanya perlu promosikan sahaja produk dropship anda di media sosial yang anda miliki tanpa perlu menyimpan stok untuk menarik minat pelanggan.

Contact TLP

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

One Comment

Leave a Reply