5 Kesilapan Dalam Melakukan Perniagaan Online Di Malaysia
Ramai orang di luar sana menjalankan perniagaan online. Ramai yang berjaya mendapatkan pendapatan berlipat kali ganda tetapi tidak kurang juga ramai perniagaan online di Malaysia ini terjerumus ke dalam kegagalan.
Di sini admin ingin kongsikan 5 kesilapan dalam melakukan perniagaan online di Malaysia.
- TIDAK PANDAI COPYWRITTING
Peniaga di luar sana akan menggunakan alas an tidak tahu menulis dan merasakan menulis itu tidak penting. Hanya dengan sekadar gambar produk boleh mendapat jualan. Sebenarnya apabila anda asyik menggunakan gambar produk, anda akan kelihatan sangat terdesak untuk menjual.
Apabila anda tahu menulis copywritting dengan betul, anda akan tahu cara hendak menulis dengan baik. Hal ini kerana manusia suka membaca sesuatu yang beremosi dan ada kaitan dengan hidup mereka.
- TIADA ENGAGEMENT
Ini bermakna anda tidak berinteraksi dengan followers Facebook anda. Anda buat posting untuk menjual dan tidak mendapat tindak balas daripada mereka. Anda tidak dapat menarik minat mereka melalui posting anda kerana kemungkinan posting anda tidak begitu menarik.
- TIDAK MENJUAL SECARA SPESIFIK
Jangan jadikan perniagan online anda seperti kedai runcit, melainkan anda memang seorang usahawan kedai runcit. Anda jangan yakin sangat orang yang membeli produk kecantikan anda, juga akan membeli produk lain yang anda jual di FB yang sama.
- TIADA FOKUS PELANGGAN
Anda tidak boleh berniaga online dan mengagak siapa sahaja yang patut beli daripada anda. Anda tidak boleh mengharapkan kawan-kawan dan keluarga saja membeli produk anda. Sekiranya hendak meluaskan perniagaan anda perlu meluaskan lagi sasaran anda.
- FACEBOOK ROJAK
Kesilapan yang ramai peniaga online lakukan tanpa mereka sedari iaitu mencampurkan urusan perniagaan dengan urusan peribadi di Facebook peribadi anda. Apabila anda buat seperti itu, anda tidak dapat nak buatkan pengikut anda relate diri mereka dan perniagaan anda.