Bussiness Tips

3 TIPS SIMPLE PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI ANDA

By April 12, 2018 No Comments

3 Tips Simple Pengurusan Kewangan Peribadi Anda.

Pengurusan kewangan peribadi  yang tidak teratur akan menyebabkan kita mengalami masalah kewangan yang amat berat dan menyebabkan kita tidak dapat menyimpan sedikit kewangan kita untuk jangka masa yang panjang. Bukan mudah untuk menyimpan kewangan kita apabila gaji, betul kan? Pasti di hujung bulan kita sudah mengikat perut untuk menunggu gaji seterusnya. Ada yang mengalami masalah demikian? Jangan risau!

Di sini admin ingin membantu anda untuk mengatasi masalah pengurusan kewangan peribadi anda dengan menggunakan 3 Tips Simple Pengurusan Kewangan Anda.

 

1.ELAKKAN KAD KREDIT

Anda haruslah menolak menggunakan kad kredit dan menggunakan kad debit di setiap urusan membeli anda. Ramai yang telah terjebak menggunakan kad kredit untuk urusan pembelian dan menghadapi bayaran yang banyak setiap bulan yang perlu ditanggung. Ia sama seperti bayar tunai, tak berhutang. Anda haruslah pandai membelanjakan kewangan anda dan menggunakan wang peribadi anda untuk sesuatu yang penting bukan mengikut kehendak nafsu semata- mata. Kerana kelak anda yang bakal menaggung akibatnya.

 

2. MENYIMPAN LAH WALAUPUN SEDIKIT

Menyimpan Lah walaupun sedikit, lama- lama menjadi bukit. Anda pasti sering mendengar nasihat seperti ini di mana-mana sahaja tapi masih tidak mempunyai kesedaran untuk menyimpan, betul tak? kita haruslah tanam azam yang tinggi untuk terus menyimpan walaupun dengan kuantiti yang sedikit. menyimpan adalah untuk kesenangan dalam jangka masa yang panjang dan juga kecemasan. itu barulah dikatakan pengurusan kewangan peribadi yang terbaik.

 

3. SUMBER PENDAPATAN KEDUA

Selain pendapatan utama, elok ada sumber kedua pendapatan. Semua sudah sedia maklum yang untuk memulakan perniagaan amatlah mudah kerana dengan adanya teknologi yang serba canggih sekarang dengan bermula dengan perniagaan online dapat membantu menambahkan lagi pendapatan yang berkurangan itu. Pengurusan kewangan peribadi anda mungkin akan menjadi lebih terurus dengan ada wang lebihan untuk membantu anda menyimpan.

Contact TLP

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply