Bussiness Tips

CIRI-CIRI SEORANG PEMILIK PERNIAGAAN

By April 16, 2018 No Comments

3 Ciri Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Seorang Pemilik Perniagaan.

Secara keseluruhan di dalam membangunkan perniagaan, akan terdapat tiga kriteria yang dibawa oleh pemilik perniagaan tersebut. Kriteria yang bagus akan menentukan tahap pemikiran pemilik perniagaan dan ke mana arah tuju sesebuah perniagaan.

Di sini admin ingin kongsikan 3 kriteria yang perlu dimiliki oleh pemilik perniagaan untuk tujuan membangunkan perniagaan sehingga menjadi seorang jutawan yang terkenal.

 

  1. PENGARAH

Ciri ini perlu di beri fokus utama oleh setiap pemilik perniagaan. Pengarah ini lebih berwawasan, berstrategi, berdaya saing dan mampu mencorak halatuju perniagaan. Pengarah juga adalah berimpian tinggi yang fokus kepada rancangan masa depan syarikat dan sentiasa menggalakkan para pekerja untuk bergerak ke arah visi dan misi syarikat yang telah dibina.

Masa yang ada boleh digunakan bagi membuat bisnes dan pelan pemasaran, kaji semula model bisnes, membuat sasaran bisnes, merangka strategi business serta menyediakan struktur dan insfrastruktur yang lebih baik.

 

  1. JURUTEKNIK

Ciri ini adalah peringkat permulaan perniagaan untuk pemilik perniagaan bermula dalam dunia perniagaan. Di mana mereka sama ada pernah bekerja atau belajar di dalam sesuatu bidang kepakaran. Juruteknik ini kebiasaannya akan membuat kerja-kerja teknikal secara terus di dalam bisnes dan kebanyakkannya seperti terlibat dalam proses pembuatan, jualan dan penghantaran.

Tetapi anda perlu ingat, ciri ini ada kelemahannya juga sekiranya usahawan yang membawa watak ini akan merasa terlalu penat bekerja dari pagi hingga ke tengah malam untuk mendapat pendapatan yang lebih. Hal ini akan meninggalkan kesan yang negative kepada perniagaan anda.

 

  1. PENGURUS

Ciri ini adalah campuran antara kerja teknikal dan pengurusan di mana pengurus akan delegate kerja kepada pekerja dan mengharapkan hasil kerja yang baik. Pengurus akan fokus kepada hasil kerja yang baik dari masa ke semasa dengan mencipta sistem untuk menghasilkan result yang baik secara berterusan. Mereka juga akan mengajar para pekerja untuk memahami dan menggunakan sistem yang ada dengan harapan supaya mereka lebih produktif.

Pemikiran mereka adalah berkisar tentang pengurusan yang lebih baik dengan mementingkan masa dan kewangan di dalam keadaan sedia ada.

Contact TLP

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply