News

NAK TAHU TAHAP USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA YANG PERLU DITEMPUH?

By April 17, 2018 No Comments

5 Tahap Usahawan Berjaya Di Malaysia Yang Perlu Diketahui

Apabila sebut sahaja perkataan usahawan, pasti anda akan bayangkan peniaga yang akan mempunyai kereta yang besar dan bisnes yang kukuh dan stabil serta sudah mempunyai banyak cawangan dan berjaya.

Tetapi sebenarnya banyak tahap yang perlu ditempuh sebelum dapat menjadi usahawan berjaya di Malaysia. Di sini admin ingin kongsikan peringkat-peringkat yang perlu ditempuh oleh setiap usahawan berjaya di Malaysia sebelum mereka bergelar seorang jutawan produk jenama sendiri.

 

  1. BEGINNER

Tahap Usahawan Berjaya Di Malaysia | The Luxe Production

Biasanya mereka ini adalah tergolong dalam kalangan yang masih bekerja dan mahu menjana pendapatan sampingan. Pada peringkat ini agak mencabar keimanan seseorang usahawan kerana perlu membahagi kepada dua komitmen.

Ada yang mulakan dengan menjadi agen dropship atau bekerja dibawah orang lain. Mereka akan tengok dan perhatikan cara orang bekerja. Pada peringkat ini adalah masa untuk mendapatkan kaedah pemasaran, strategi perniagaan, cara mendekati pelanggan dan networking.

 

  1. PEMILIK TUNGGAL

Tahap Usahawan Berjaya Di Malaysia | The Luxe Production

Dalam peringkat ini usahawan mahu mula mendaftar nama syarikat sendiri secara sah dan kini mula memberikan komitmen sepenuhnya. Semua benda akan dibuat sendiri daripada memikirkan barang yang mahu dijual, cara pemasaran dan berhubung dengan pelanggan semua dilakukan berseorangan.

 

  1. BOS

Tahap Usahawan Berjaya Di Malaysia | The Luxe Production

Apabila bisnes sudah berada di peringkat yang memuaskan, usahawan mula mahukan pembantu kerana mereka sudah tidak mampu untu melakukan kerja sendiri. Pembantu akan mengikut arahan bos tetapi bos tidak akan memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka lagi. Mereka akan dipantau sepenuhnya oleh bos.

Tanggungjawab bos semakin bertambah kerana perlu memikirkan hal ehwal pekerja, pengurusan pekerja dan seimbangkan antara sales dengan production.

  1. CEO

Tahap Usahawan Berjaya Di Malaysia | The Luxe Production

Di peringkat ini ceo mula menyerahkan tugas-tugas dan kepercayaan kepada orang bawahnya. Meeting biasanya akan dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali bagi memantau. Mereka akan mula memikirkan untuk menambah francais dan cawangan bagi mengembangkan perniagaan. Pelaburan akan dilakukan dalam bisnes lain untuk perancangan masa depan syarikat.

 

  1. KORPORAT

Tahap Usahawan Berjaya Di Malaysia | The Luxe Production

Ini merupakan peringkat yang tertinggi untuk CEO atau president syarikat akan ambil peluang dan melakukan pelaburan yang tinggi. Mereka tidak lagi memikirkan hal-hal yang kecil tetapi merangka masa depan syarikat bertahun hadapan.

Peluang yang ada akan diambil walau risikonya besar. Membeli dan menjual bisnes bukan lagi perkara yang asing dalam peringkat korporat ini.

Contact TLP

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply