Bussiness Tips

BAGAIMANA CARA UNTUK TINGKATKAN MARGIN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN

By April 11, 2018 No Comments

7 Cara Untuk Meningkatkan Margin Keuntungan Perniagaan

Kebanyakkan pemilik perniagaan di luar sana beranggapan bahawa mereka perlu meningkatkan jualan dengan mendadak untuk membolehkan mereka memperolehi keuntungan yang lebih tinggi. Tetapi mereka akan menghadapi masalah iaitu sukar untuk mencapainya lebih-lebih lagi dalam jangka pendek.

Di sini terdapat cara lain yang boleh membantu anda meningkatkan margin keuntungan perniagaan produk jenama sendiri anda tersebut. Admin ingin kongsikan 7 cara bagaimana anda dapat meningkatkan margin keuntungan perniagaan supaya anda dapat menjadi usahawan yang lebih berjaya.

 

  1. ANALISA TERHADAP NILAI KEUNTUNGAN

Cari nilai untung kasar bagi produk dan perkhidmatan secara berasingan, dan selepas itu lakukan analisa terhadap keuntungan kasar bagi setiap bahagian, kategori produk, pembekal atau pelanggan bersesuaian dengan perniagaan anda.

Melalui cara ini anda akan dapat mengenalpasti aktiviti atau produk mana yang mendatangkan hasil keuntungan yang rendah atau merugikan dan yang mana menguntungkan. Dengan itu anda boleh menghentikan jualan yang kurang mengungtungkan dan fokuskan kepada produk yang lebih menguntungkan.

 

  1. NAIKKAN HARGA

Ini mungkin sukar buat pemilik perniagaan kerana mereka bimbang tentang harga berbanding dengan pelanggan. Anda perlu menerima hakikat kerana kos overhead perniagaan sentiasa meningkat. Anda mungkin akan kehilangan sebilangan daripada jumlah pelanggan. Walaubagaimanapun, jika keuntungan anda adalah 50%, kenaikan harga sebanyak 10% bermaksud anda boleh kehilangan 17% daripada pelanggan tetapi anda tidak akan lebih rugi.

 

  1. KIRA KEUNTUNGAN KASAR

Pastikan anda tahu maklumat terkini dan keuntungan kasar anda secara keseluruhan. Anda tidak boleh gunakan nilai anggaran inventori dalam laporan kewangan tahunan sebelum ini. Sediakan akaun sehingga hujung bulan sebelumnya. Gunakan sistem inventori, jadi anda tidak perlu membuat kiraan stok. Gunakan nilai bandingan daripada akauntan anda.

 

  1. TIADA DISKAUN

Dengan menawarkan diskaun ia akan menjejaskan keuntungan anda. Pada nilai keuntungan yang sama pada 50%, jika diskaun harga adalah 10%, anda perlukan 25% dalam kenaikan jualan hanya untuk kekalkan jualan.

 

  1. PEROLEHI DISKAUN TUNAI DARIPADA PENGEDAR

Ini merupakan cara yang terbaik daripada anda berunding dengan pengedar anda untuk melewatkan pembayaran, walaupun anda membuat pinjaman.

 

  1. TELITI SEMULA BIL PENGEDAR

Anda perlu periksa sendiri apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Jangan terkejut jika mendapati anda telah dikenakan bayaran lebih untuk barang dan perkhidmatan yang anda tidak terima atau anda dikenakan harga bil yang salah.

 

  1. GUNAKAN SISTEM INVENTORI

Melalui sistem ini anda dapat menentukan bahawa inventori sentiasa berada pada paras yang mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pasaran. Ia dapat mengelakkan pembaziran seperti lebihan stok dan produk yang tidak laku. Paling penting anda dapat mengekalkan level inventori mengikut keperluan supaya tidak menjejaskan aliran tunai perniagaan.

Contact TLP

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Get Free Business Tips

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply